Maafkan aku kerana menyimpan perasaan ini bertahun2 lamanya,
menyukai seseorang berbeza dengan menghargai kewujudan dia.
Begitu juga dengan ku apabila ada orang baru yang cuba untuk mendekati ku, aku sedaya upaya untuk tidak memberi peluang pada hati ini untuk menggantikan tempat dia...
Aku jadi takut apabila aku dapat tahu aku disukai lelaki lain.Adakah dia juga merasa begitu apabila mengetahui yang aku sukakan dia?
Aku tak mahu hatinya yang suci tercemar dengan mengingati dia, aku juga begitu.
baru2 ini sentiasa ternampak bayangan dia walau pun mustahil dia akan berada disini.
Sering kali ku teringat senyuman dia diwaktu sekolah dahulu... apakah yang aku lakukan itu berdosa?
walaupun hanya sekadar ingin bertanya khabar?
walaupun ku cakap dia hanya kawan sekolah ku sahaja, namun aku aku tak mampu menipu perasaan yang aku sendiri rasa, argh! ni semua MAINAN PERASAAN!, sedarlah!, aku tak nak terpedaya!...
Ya Allah! aku tak layak, sedangkan cintaMu dan KekasihMu Rasullullah SAW pun tak setinggi mana aku mencintai dunia ni, adakah layak ku menagih cinta manusia yang lebih menyayangi Mu.
Aku bukan berharap sangat dan aku pun tak nak bagi harapan pada sesiapa.
Ya Allah! ku mohon untuk menghargai dia sebagai sahabat lama hanya kerana Mu.
Dia lah NOBITA yang aku kenal, tetapi aku tak nak jadi SHIZUKA >XP.
(Aku hanya mencintai suami ku sahaja!)
=======================================================================
Aku dapati status ini dari FB seorang rakan ku
ku harap dengan status ni saudaraku perempuan yang lain fikirkan lah, nak cinta sejati yang macam mana.
"Seorang LELAKi yg berani menyentuh tangan Wanita atau menciumnya...Lelaki ini bukan menyintaimu, malah MENGHINA & MEMPERMAINKANMU..cinta ini dinamakn CINTA JIJIK & KOTOR. Jika LELAKI ini benar-benar MENYINTAIMU..dia tidak akan pernah Menyentuhmu walaupun sedikit sebelum bernikah..kerana dia terlalu menjaga MARUAH mu dan ingin MENIKAHIMU secara HALAL duhai wanita...
Dan ini barulah dinamakn CINTA SEJATI.."
Kau nak Suami mu sahaja melihat kecantikan dan perhiasan mu kerana dia istimewa buat mu, pelihara lah hak suami mu dengan menutup aurat dan menjaga batas pergaulan.
Semua Manusia mahukan cinta sejati~
Sekian desu~
No comments:
Post a Comment